Monday, December 26, 2011

强奸民意的巫统淫贼


Majoriti NGO sokong UMNO, Barisan Nasional
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Majoriti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, menerusi satu kajian yang dilakukan oleh parti tersebut, majoriti daripada ribuan NGO di negara ini menyatakan sokongan kepada UMNO dan mahukan BN terus menerajui negara.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakkan NGO tersebut tidak lantang bersuara sehingga menyebabkan rakyat beranggapan bahawa UMNO serta BN kehilangan sokongan daripada pertubuhan berkenaan yang merupakan antara senjata penting kepada sesebuah parti politik.
"Sepanjang tahun ini, saya telah bertemu dengan pelbagai NGO untuk berbincang mengenai negara dan kesinambungan pentadbiran UMNO serta BN.
"Mereka ini (NGO) menyokong kita (UMNO) tetapi mereka tidak lantang bersuara apabila timbul sesuatu isu membabitkan parti. Ini berbeza dengan NGO pembangkang yang lebih lantang bersuara walaupun jumlahnya sangat sedikit.
"Bagaimanapun, ia bukanlah masalah besar kerana inilah yang dinamakan silent majority, mereka mungkin tidak lantang bersuara tetapi mereka tetap menyokong UMNO serta BN. Ini yang kita mahukan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sidang muafakat 1Malaysia bersama 15 NGO di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Ayahanda Malaysia, Halim Ali.
Dalam pada itu, berhubung kemelut dalaman parti pembangkang membabitkan Pas dan DAP, Ahmad menyifatkannya sebagai bukti kepada kegagalan pembangkang menguruskan parti sendiri serta tidak layak mentadbir negara.
"DAP tetap dengan pendirian mereka mahu menjadikan Malaysia sebagai negara sekular yang bertentangan dengan matlamat serta perjuangan Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula adalah parti paling teruk dalam sejarah negara apabila banyak ahli asalnya telah berpaling daripada perjuangan.
"Kalau parti sendiri tidak dapat diuruskan dengan betul, sesama pemimpin bertelagah, bagaimana mahu mentadbir negara," ujarnya.

看吧,看吧,那些沉默的大多数,如果你们还不把自己的不满大声说出来,你们就像这些沉默的非政府组织一样,被巫统轮奸了。
巫统说了,根据他们也不知是上门调查还是上门威胁后的报告,马来西亚上千个非政府组织,都相信且支持国阵继续领导国家,虽然这些组织没有公开发表支持国阵的声明,但他们都是“沉默的大多数”,他们的心在暗地里是向着国阵的,这就够了。
领导国家的政府若是得民心,人民岂会羞于支持?就连金正日这样的独裁领袖都有一大众人民为他哭丧,也只有国阵这么厚颜无耻,才会把这“沉默的大多数”的沉默强抢过来,当作是对自己的支持。
对于我们这些公开表示对国阵不爽的人民来说,我们是逃过被强暴的耻辱了;对于那些还没表明立场,以“沉默的大多数”自居甚至自傲的人民来说,你们,是很享受这样的被奸经历呢,还是应该站出来,为自己的清白捍卫一下啊?

1 comment:

一介草夫 said...

如此厉害,
会不会是日本的忍者的入室弟子?
难怪有这等本事,
把牛养在公寓,都可以!
把朝廷的银子自个儿吞下去,都可以。
失敬失敬,佩服佩服。
建议他们开办收徒,
好让他奶奶的无知普罗大众,
好好学习,好好教育教育。