Manifesto tawan Kedah
Oleh OPAT RATTANACHOT
utusankedah@utusan.com.my
SUNGAI PETANI 3 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan memasukkan kehendak rakyat Kedah dalam manifesto pilihan raya untuk menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sehubungan itu kata Perdana Menteri, satu tinjauan berhubung keperluan di kalangan penduduk negeri itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Kata beliau, BN juga akan mendapatkan maklum balas dan laporan bersesuaian daripada semua pihak termasuk di kalangan Ahli Dewan Undangan (ADUN) berhubung masalah yang dihadapi untuk diselesaikan.
"Kita akan baca semua kehendak rakyat Kedah, 'hangpa' nak apa? Saya insya-Allah akan beri apa yang kerajaan patut dan mampu.
"Kita akan baca, dapat laporan daripada ADUN BN apa yang orang Kedah mahu. Saya akan mai (datang) lagi untuk lihat sama ada mereka perlu rumah, pelaburan atau lain-lain yang patut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana sempena Program Pemukiman ADUN Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) di hadapan lebih 20,000 penduduk di Taman Ria Jaya, di sini malam ini.
Najib berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, BN akan memastikan janji-janji yang dimasukkan dalam manifesto itu kelak dapat ditunaikan.
"Semua orang tahu di bawah BN, kita lakukan secara adil. Begitu juga di Kedah, saya percaya, jika kita diberikan mandat, kita akan lakukan lebih baik dari sekarang," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Kedah supaya melakukan perubahan dengan memberikan mandat yang padu kepada BN.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin BN agar sentiasa merasai keperluan dan denyut nadi rakyat sekiranya mahu perubahan.
"Kita mesti tahu masalah rakyat, kenal pasti apa yang mereka mahu. Tidak boleh ada jarak yang memisah kita daripada rakyat.
"Sebagai anggota yang mewakili BN, kita mesti mendahulukan rakyat sepanjang masa. Perubahan yang kita lakukan itu mestilah berpunca daripada kesanggupan kita berbuat demikian," katanya.
Program Pemukiman ADUN BN yang berlangsung selama tiga hari di negeri itu bermula semalam melibatkan 110 ADUN daripada seluruh negara.
ADUN-ADUN terlibat ditempatkan di 36 kawasan terpilih di Kedah.
纳吉近日动作不断,一时在吉兰丹推介“红色浪潮”,一时在吉打“公开道歉”,看起来就像是在为大选铺路,意图赢取这两个伊斯兰党执政的州属。在近日的五毒散内,也不断地抨击伊斯兰党没办法解决内斗,将会惨败一事。
其实我并不觉得国阵意图夺取这两个州属。
伊斯兰党执政吉兰丹多年,人民早已知道伊斯兰党的处事态度,并非巫统随意妖魔化他们几句,就能把民心夺取过来的。比较起雪兰莪这只会生金蛋的鹅,那两个州属加在一起,也不能满足国阵的胃口。
如果国阵真的要夺取吉打和吉兰丹,所耗费的人力、物力将会是其他州属的双倍,是一项吃力不讨好的工作。况且,要是他们真的夺取了这两个州属,多年在吉兰丹老树盘根的伊斯兰党岂有不倾巢而出的道理?他们这么说,只不过是想让伊斯兰党把精力放在维护这两个州属的政权之上,加上伊斯兰党不同派系的内斗,消耗了他们作为民联最强号召力和后盾的本钱。
伊斯兰党是民联最多草根、实力最为雄厚的政党,要是他们的力量被减弱了,国阵要夺取雪兰莪州的计谋将会进行得更容易。这一招声东击西,果然用得不错。虽然卡立对雪兰莪州的执政权信心满满,但我想国阵的计谋不只如此。届时,就看民联如何应对了。